Thursday, November 22, 2018

KISAH NABI ZULKIFLI A.S

KISAH NABI ZULKIFLI A.S

KISAH NABI ZULKIFLI A.S
Kisah Nabi Zulkifli AS

KISAH NABI ZULKIFLI A.S

Nabi Zulkifli adalah salah satu daripada nabi yang wajib kita ketahui akan nama dan kisah hidupnya.Beliau adalah anak kepada nabi ayob a.s dan asal nama beliau adalah "basyar"

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menangatnya menjadi Rasul sesudah ayahandanya iatu Nabi Ayob a.s dan Allah s.w.t telah memasukkan nya dalam golongan orang yang sabar.

Firman Allah dalam Alquran surah Al-Anbiya ayat 85-86:

Dalam mafhumnya (Ismail,Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar.dan kami rahmati semua mereka adalah orang yang berbuat baik.)

dan Nabi Zulkifli artinya  orang yang sanggup.

Salah satu kisah tentang Nabi Zulkifli yang kurang diketahui oleh kita pada zaman ini adalah mengenai perlantikan nabi zulkifli sebagai raja.

Pada suatu hari ada seorang raja  dari kaumnya yang sudah lanjut usianya dan sudah tidak berdaya untuk memerintah lagi.Raja itu ingin menyerahkan tahta pemerintahannya kepada seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanat ummah dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

Oleh kerana itu,raja tersebut telah mengumppullan semua rakyatnya untuk memilih seorang yang sanggup menjadi raja dengan syaratýý-syarat yang akan di kemukakan.Lalu setelah berkumpul semuarakyat,bertitah la raja itu"Siapakah diantara kamu semua yang sanggup perpuasa pada siang hari,beribadat pada malam hari dan tidak akan marah marah dalam memnylesaikan masalah ummah,akan aku serahkan tahta ini kepada beliau kerana aku sudah tua?"

Berdirilah seorang pemuda yang bernama Basyar dengan mengacungkan tangannya seraya berkata"saya sanggup"Kemudia raja itu sekali lagi berkata"siapakah yang sanggup untuk berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya dan tidak akan marah marah? Berdiri lagi pemuda tadi dan mengatakan "saya sanggup"

Demikianlah secara berulang-ulang raja itu menyoalkan soalan yang serupa,dan pemuda itu pun berulang-ulang menyatakan "Saya Sanggup"

adapun rakyat yang lain tidak seorangpun yang berbicara kerana mungkin mereka tidak ada yang sanggup untuk menjalankan amanat tersebut.Oleh kerana itu di serahkan kerajaan kepada pemuda yang sanggup untuk memikul tanggungjawab itu.Pemuda itu adalah pemuda yang bernama Basyar kemudian diubah namanya kepada Zulkifli,ertinya orang yang sanggup memegang janji.

Setelah beliau menjadi raja bagi kaumnya,beliau telah mengaturkan waktu bagi dirinya sekian waktu,dan bagi menguruskan umatnya sekian waktu,sedangkan pada siang harinya beliau berpuasa dan pada malamnya beliau beribadat pada Allah s.w.t.

Sudah menjadi lumrah bagi setiap Nabi akan diuji dalam menjalankan sesuatu tugas,dan nabi Zulkifli tidak terlepas dari diuji,

pada suatu hari datanglah syaitan menyerupai manusia untuk menganggu beliau,syaitan itu telah berpura-pura hendak mengadukan hal ehwalnya kepada raja.syaitan itu mengadu bahawa harta benda beliau telah dirampas orang,oleh kerana waktu itu adalah waktu bagi beliau tidur,

Beliau telah menyerahkan urusan tersebut kepada wakilnya.Tetapi tamu itu tidak mahu urusannya diserahkan kepada orang lain,dia memaksa raja sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.Akhirnya kerana tamu itu tidak mahu pergi dan perkaranya minta diuruskan juga oleh raja,maka waktu bagi raja untuk tidur sudah tidak ada lagi.Akan tetapi raja tidak marah walau sedikit pun keatas tetamu tersebut dan ternyatalah tamu tersebut adalah syaitan yang suka menganggu urusan manusia.

Pada suatu hari terjadilah peperangan dinegeri itu dengan orang yang derhaka kepada Allah,maka raja pun menyuruh mereka berperang.Jawab rakyat "Hai raja!Kami takut akan berperang,kerna kami senang hidup di dunia ini,dan jika kamu minta kan pada Allah s.w.t untuk menjamin hidup kami,barulah kami akan pergi berperang."

Mendengar akan permintaan rakyatnya itu,raja pun tidak marah seraya berdoa pada Allah s.w.t"Ya Allah,saya telah menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka,menyuruh mereka untuk pergi berperang,tetapi mereka mempunyai permintaan,sesungguhnya Allah mengetahui akan permintaan mereka itu"Maka Allah mewahyukan kepada Nabi Zulkifli: "Ya Zulkifli, Aku telah mengetahui akan permintaan mereka dan Aku mendengar doamu, semua itu telah aku kabulkan."

Begitulah kesabaran Nabi Zulkifli dalam menghadapi segala urusan dan beliau selalu memegang janji, dan kerana itulah nama Zulkifli itu kena pada orangnya.



   
---------------
Image Source : http://angkasa7.com

Mohon maaf bahasanya amburadur karena translate dari bahasa melayu. Akan diperbaiki ke depan. Semoga pembaca paham ceritanya.




No comments:

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel