Thursday, November 22, 2018

BIOGRAFI USTAZ AZHAR IDRUS


BIOGRAFI USTAZ AZHAR IDRUS
Ustaz Azhar Idrus

Biografi Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus (UAI) (lahir 12 Februari 1964) ialah penceramah bebas di Malaysia dari Terengganu. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat berbahasa Terengganu. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.

Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala TerengganuTerengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor StarKedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan DarulamanAlor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan SulaimanKuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. 

Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar; (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 26 tahun); Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh); Tuan Guru Hj Hasyim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh);Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah); Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu Fiqh & Nahu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sharaf, Tafsir dan Balaghah)

Dahulunya Ustaz seorang pemain gitar dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamour. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama "kehilangannya". Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama.




---------------
Article Source: http://ms.wikipedia.org

Image Source : https://www.flickr.com

No comments:

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel